Tafsiran 'Cool' Dalam Zaman yang Berbeza.
Zaman Sekolah Rendah.
-Selalu masuk bilik guru itu cool.
-Jadi budak baik itu cool.
-Jadi teacher pet itu cool.
-Duduk kelas pertama itu cool.
-Jadi pengawas itu cool.
-Jadi pengawas perpustakaan itu cool.
-Jadi wakil sekolah dalam acara bukan sukan itu cool.
-Mengekalkan rekod disiplin yang bersih itu cool.
-Duduk berjam-jam dalam perpustakaan itu cool.
-Dapat top ten dalam kelas itu cool.
-Dapat bawak beskal yang kondisinya seperti di kedai itu cool.
Zaman Sekolah Menengah
-Selalu masuk bilik kaunseling itu cool.
-Jadi budak dalam perhatian guru disiplin itu cool.
-Jadi murid yang ditakuti oleh guru itu cool.
-Jadi kelas hujung itu cool.
-Dapat maintain pakai baju putih dari form one sampai form five itu cool.
-Jadi wakil sekolah dalam pelbagai acara sukan itu cool.
-Mempunyai rekod disiplin yang tercalar itu cool.
-Melepak belakang perpustakaan berjam-jam itu cool.
-Dapat top ten dari belakang dalam kelas itu cool.
-Boleh bawak motor dengan skil yang bersahaja itu cool.
Zaman IPT
-Selalu masuk bilik jabatan jumpa lecturer itu cool.
-Jadi reformis dan anti establish itu cool.
-Jadi pembantu pada lecturer itu cool.
-Duduk kelas yang susah-susah sampai terkehel lidah nak sebut itu cool.
-Pegang jawatan macam-macam itu cool.
-Jadi wakil IPT dalam apa jua acara itu cool.
-Mempunyai rekod disiplin yang bersih atau hanya tercalar sebabkan perjuangan reformis itu cool.
-Dapat duduk dating berjam-jam dengan junior-junior yang cun dalam perpustakaan itu cool.
-Maintain pointer 3.5 itu cool.
-Dapat pakai kereta ke sana ke mari itu cool.
Sebagai mengakhiri entri ini terimalah lagu yang cool ini:
No comments:
Post a Comment