Itu hari aku terbukak satu laman web, aku pun lupa dah apa tajuknya. Aku tengok ada cerita pasal Aron Ralston. Ni siapa lak Aron Ralston ni? Calon parti pembangkang ke? Bos MLM ke? Kalau Aaron Lennon dengan Aaron Aziz tu aku kenal la. Aku pun menjadi rajin luar biasa dengan pergi cari maklumat pasal mamat ni (kalau la time asemen aku rajin macam ni). Cari punya cari, klik punya klik terbaca la pulak pasal filem 127 hours.
Ni aku nak cerita pasal apa sebenarnya ni? Apa kaitan si Aron ni dengan filem ni? Sebenarnya filem ni adalah adaptasi kisah hidup Aron yang tersepit tangannya di celah batu selama 127 jam. 127 jam beb, bukan 127 saat. Keazaman untuk hidup yang kuat telah memastikan Aron ni berjaya meloloskan diri daripada musibah tu. Proses dia nak lepas ni la yang menarik pada aku, dia minum air kencing sendiri untuk elakkan hidrasi, cuba memotong tangan sendiri, time potong ni yang dahsyat. Pisau Swiss Army yang sepatutnya dia bawa dia tertinggal kat rumah. Jadi dia pun potong la guna pisau yang tah hape hape. Dalam rakaman yang dibuat semasa dia tersepit tu dia ada pesan, dun buy cheap China made tool.
Dalam tersepit tu dia mula menyesali keangkuhan dirinya sendiri. Dia pergi mana-mana tak bagitau, tak check tool dia betul-betul dan men redah je. Sampaikan air gatorade pun dia tinggal dalam kereta dia. Dia baru sedar dia tak boleh hidup berseorangan. Akhirnya dia berimaginasi anak dia tengok dia dalam keadaan yang macam tu (walaupun dia tak ada anak time tu). Muncullah kekuatan dan keberanian yang terlampau. Dia patahkan tangan dia dan teruskan memotong daging tangan dia sendiri. Lu sanggup? Kemudiannya dia memanjat jurang dan turun sebelum diselamatkan oleh pendaki yang lain.
So, moral of the story bersedialah dengan apa saja keadaan, hargailah kehadiran insan lain dalam hidup dan jika tersepit anda akan masuk ke dalam survival mode, keazaman sahaja yang akan menyelamatkan anda dalam mode ini.
p/s: syok gak pagi-pagi ni layan lagu Acha Septriasa
No comments:
Post a Comment