you'll never walk alone
When you walk through a storm hold your head up high
And don’t be afraid of the dark.
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark.
Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Tho’ your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on with hope in your heart
And you’ll never walk alone,
You’ll never, ever walk alone.
Walk on, walk on with hope in your heart
And you’ll never walk alone,
You’ll never, ever walk alone.
When you walk through a storm hold your head up high
And don’t be afraid of the dark.
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark.
Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Tho’ your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on with hope in your heart
And you’ll never walk alone,
You’ll never, ever walk alone.
Walk on, walk on with hope in your heart
And you’ll never walk alone,
You’ll never, ever walk alone.
Aku seorang peminat Manchester United. Habis tu celaka apa post lagu ni? Post la Glory Glory Man United. Walaupun aku seorang peminat Manchester United, tapi aku ada deep respect sama itu Liverpool. Sebab apa? Ofcos la sebab sejarahnya. Mana kelab Inggeris yang ada sejarah seperti Liverpool. Mungkin Man U, sebab dah semakin menghampiri gelaran ke 19. Tapi dalam kejuaraan Eropah, Liverpool masih unggul. Mungkin Man U mampu mengatasi kalau tak berlakunya tragedi Munich. Tapi itu kalau sahaja, kalau. Benda tak berlaku, jadi jangan cerita (walaupun Real Madrid sendiri mengaku sekiranya Busby Babes tak ditimpa kemalangan, mereka tak segah hari ini dalam kejohanan Eropah).
Lagu ini bukan dicipta khas untuk Liverpool, lagu ni dah wujud sejak tahun 1945 lagi. Bapak aku pun belum akil baligh lagi masa tu. Tapi lagu ni telah diambil oleh Bil Shankly untuk dijadikan lagu untuk kelab Liverpool. Kenapa? Adakah dia peminat Gerry and Pacemakers? Tengok lirik dia. Sweet kan? Simple tapi mendalam. Lagu yang memberi harapan. No wonder la berapa ramai artis yang cover lagu ni. Johnny Cash, Frank Sinatra, Elvis, Bob Dylan even kat Malaysia sendiri ACAB nyanyi lagu ni. Kau takkan keseorangan, takkan ditinggalkan. Dan jika kau melalui jalan yang gelap, akan ada cahaya di penghujung jalan. Dan semua orang akan bersama sama kau. Sesuai la dengan falsafah yang dibawa ketika itu, no man bigger than club. Semuanya bersatu. Seorang gagal, semuanya gagal. Seorang berjaya, semuanya berjaya. Tiada primadona, tiada tonggak utama, tiada dan tiada. Primadona yang asyik demand mintak naik gaji je boleh pergi jahanam.
Lagu ni bukan sahaja diambil oleh Liverpool, malah kelab-kelab lain di serata dunia.
Celtic FC
Borussia Dortmund
St Pauli
FC Twente
Tokyo FC
Feyenoord Rotterdam
Lagu macam ini yang kita mahukan. Yang memberi semangat. Sekarang ni banyak lagu-lagu yang bodoh keluar. Cerita pasal hari jumaat la, main tarik tali la, hape la. Yang kunun-kunun indie lak jual je lagu macam-macam. Lepas tu bangga kata 'kami grup indie,lagu kami ada identit'i padahal tah pape. Lagu-lagu cinta pun beza yang dulu dengan sekarang. Dulu lagu-lagunya puitis, indah. Dipersonifikasikan dengan cukup elok. Kalau tak puitis pun lagunya ringkas tapi bermaksud. Sweet bak kata remaja masa kini. Tak payah kata-kata merayu-rayu macam nak mampus. Radio lak main hayun je masuk semua lagu. Bangang.
Sebab itulah lagu you'll never walk alone tu diterima diserata dunia. Dah berzaman lagu ni, banyak lagu-lagu yang lain muncul tapi lagu ni jugak jadi pilihan. Boleh dikatakan lagu umat manusia gila bola sepak. Kesatuan dalam bola sepak itu penting. Bermain kerana jiwa. Wang nombor dua. Tapi bola sepak kini dipenuhi dengan kapitalis. Tak faham offside pun tak apa, asal kau pandai buat duit dengan bola sepak. Masih ada kelab yang menolak unsur-unsur kapitalis ni macam Barcelona tapi tahan sampai mana? Player sekarang pun dah pandai demand, muda-muda dan dapat duit juta-juta setahun. Budak umur satu setengah tahun pun dah dapat kontrak profesional. Celaka apa semua ni?
Akhir kata aku pun tak faham apa fokus entri ni. Mamai sebenanye ni.
p/s: tadi aku dengar lagu hape tah, everyday monday, tuesday, wednesday, thursday patalo pataday. Sengal. Bila tah telinga ni nak disogokkan dengan lagu-lagu yang cerdik. Lagu air pasang pagi tu lagi cerdik dari lagu tu.
No comments:
Post a Comment