Search This Blog

Monday, May 16, 2011

Tentang Cita-cita dan Cinta

Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini, dengan rendah diri aku ingin kongsikan sesuatu. Tentang CITA-CITA dan CINTA. Cita-cita dan Cinta adalah sesuatu yg sgt abstrak dan jelas berbeza. Namun hakikatnya, cita-citaku adalah cinta itu sendiri..sama ada sedar atau tidak.

Mungkin 10 tahun lalu, dalam keadaan yg sgt sedar.. aku ingin menjadi guru. Melihat indahnya senyuman guru-guru di sekolah. Dek kerana kerapnya aku melihat abah mengajar anak didiknya dengan senyuman dan kepuasan yg tak pernah terlafaz. Dan dengan senyuman yg sama anak-anak didik abah pulang dari sekolah. Senyuman itu juga kekal mamberi ketenangan kpd aku dan anak-anak abah yang lain. Senyuman yg manghantar aku dengan seribu harapan tanpa lelah mamberi madu nasihat dalam pahitnya kehidupan. Senyuman yang melahirkan rasa cinta yg indah buat anak kecil yg dahagakan kasih sayang dan belaian tetapi diberi ilmu dan pengetahuan sbg bekalan perjalanan. Itulah cita-cita yg lahir daripada cinta yg mendalam. Bukan hanya kerana abah seorang guru tetapi kerana abah seorang yg tabah. Bukan kerana abah seorang pendidik, tetapi kerana anak didik abah adalah anak-anak abah.


Saat itu aku cuma seorang anak kecil. Tetapi aku melihat bagaimana salah seorang anak abah memeluk abah dengan rasa cinta saat mereka bersua. Dan aku pasti ada rasa cinta. Atas dasar cinta itu, aku bercita-cita. Aku ingin memelihara cinta itu.

Kini aku adalah salah seorang guru pelatih..masih memegang cita-cita yg sama. Cita-cita yg penuh dengan rasa cinta. Dan dengan cinta yg sama, aku ingin anak didikku bercita-cita.


p/s: Selamat Hari Guru Abah..Selamat Hari Guru Cintaku a.k.a Ucu Baik!!♥

No comments:

Post a Comment