Search This Blog
Monday, October 31, 2011
Aku.Muzik.Kamu part I
Muzik. Semua orang suka pada muzik. Bila sebut muzik ofcos la bercerita tentang lagu. Ni aku nak sembang pasal muzik yang aku dengar daripada kecil sampai la umur layak mengundi ni. Aku start ambil port dengar lagu ni sejak umur aku enam tahun. Sebelum tu bukanlah aku ni pekakbisu tak dengar muzik tapi maksud aku menjadi serius mendengar muzik pada umur enam tahun. Guess what lagu apa yang menerjah hati aku? Spring? Ukay's? Tak, bukan dari Malaysia tapi muzik yang dibawa daripada Seattle. Ya, Nirvana. Time tadika lagi aku dah dengar Nirvana. Walau sepatah haram aku tak faham berdasarkan tahap kognitif aku di waktu itu tapi lagu tu betul-betul into dalam jiwa aku. Lagu feveret lagu The Man Who Sold The World. Ni semua kerja abang aku dengan sepupu aku. Aku ingat lagi time tu dia tunjuk dua album, satu Unplugged In New York dengan In Utero. Dia kate yang unplugged ni lagu-lagu lembut yang lagi satu ni lagu gila babi. Aku dengar jela.
Sekitar hujung 90an nasyid meletup di Malaysia. Muncul la Raihan, Rabbani, Hijjaz dan lepas tu baru la yang lain-lain tu naik. Semua gila nak buat grup nasyid. Perempuan pun sama. Pakaian ketat-ketat pun dok mengaku dia kumpulan nasyid. Emak dia la. Kegilaan nasyid ni turut mempengaruhi aku dan pada masa tu aku beralih arah kepada kumpulan Raihan. Sampai semua tentang Raihan aku ikut, baju Raihan, kopiah Raihan, tengok filem Syukur 21 dan semua semualah. Album first yang aku dengar sampai habis tak tinggal satu lagu adalah album Puji-Pujian. Tapi sejak Nazrey keluar Raihan aku tak berapa nak into dah dengan Raihan ni.
Awal alaf baru menyaksikan muzik Indonesia mula cucuk telinga orang Malaysia. Masa tu Sheila On 7 tengah top. Lagu killer dorang lagu Dan. Hari-hari bersiul lagu ni. Masa tu lagu Indonesia yang tengah naik lagu Dan ni dengan lagu Jika, Ari Lasso dengan Melly Goeslow. Lagu Jika ni pernah pecah rekod lagu paling lama jadi juara carta Era tak silap aku.
Tahun 2002 aku naik ke sekolah menengah. Aku rasa aku kembali ke pangkal jalan. Aku kembali dengar nasyid. Sekolah agama beb, takkan nak dengar Tenacious D. Minggu orientasi lagi aku dah kena sogok dengan lagu-lagu nasyid. Tapi grup nasyid yang aku dengar masa tu bukan yang femes-femes ni tapi yang tak tahu la nak kata, underground ke dulu-dulu ke tak tahu la. Macam Nadamurni. Ke aku yang tak ambil tahu?
Tapi takat setengah tahun je. Lepas setengah tahun aku layan hip-hop. Biasa la, sekolah asrama. Pengaruh rakan-rakan tu penting. Aku gila dengar Too Phat. Pada aku grup hip-hop ni cool. Punye la minat sampai aku kalau pakai seluar trek londehkan sampai paras punggung. Punggung sungguh aku di masa itu.
2003 aku naik ke tingkatan dua. Memang la, mana ada orang lompat form 1 terus ke form 4. Pada masa ni aku tidak lagi memandang Too Phat tetapi memandang Linkin Park. Siap letak poster atas meja. Punye la minat. Hape bende la aku time tu. Sungguh cool pada masa tu kalau dengar Linkin Park. Ni pulak kelas baru campur perempuan maka masing-masing la nak tunjuk cool. Tapi ni pun tak kekal lama. Hasil percampuran aku dengan abang-abang dan aku pun nak juga merasa jadi abang-abang aku layan Nirvana kembali. Linkin Park ni aku rasa bahan adik-adik. Adik-adik form 1 pun tahu Mike Shinoda tu siapa tapi kenal ke dengan Dave Grohl? Kenal? Tak kan? Ni membuatkan aku merasa diri aku ni berlainan taraf dengan form 1. Baru layak kalau jumpe dorang kena bagi salam dulu. Album pertama yang aku beli album Nirvana Greatest Hits. Yang cover warna hitam tu. Layan seyy. Nak buat homework sambil buka lagu tu. Kes tu homework tak siap tu. Aku rasa masa tu aku sorang je yang layan Nirvana. Dok gila lukis muka smiley pastu lidah terjelir. Yang lain yang layan semua abang-abang. Batch aku time tu gila Skinhead. Aku layan gak tapi setara la. Dua-dua aku layan tapi tak la sampai seluar kena kecik bawah dengan botak kepala. Sabar, zaman tu akan muncul tak lama lagi. Ok, nak mandi jap.
Wednesday, October 12, 2011
Syair
PENGENALAN
Syair merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam genre Puisi Melayu Tradisional. Syair juga sangat terkenal dalam kalangan bangsa Melayu sebagai alat hiburan, penceritaan atau medium dalam menyampaikan sesuatu karya selain daripada puisi-puisi lain mahupun prosa. Hal ini kerana cara penyampaiannya yang berbeza serta dilagukan dengan pelbagai kaedah dan alunan yang mengasyikkan.
Perkataan syair berasal daripada perkataan arab iaitu ‘shi’r’ yang bermaksud perasaan yang menyedari atau curahan perasaan. Menurut Noriah Mohamed, (2006), Za’ba, (1965) telah memberikan pengertian istilah syair sebagai karangan yang disusun perkataannya berangkap-rangkap, dengan bersukat dan bertimbang serta mempunyai pertentangan bunyi sama di hujung tiap-tiap sekeratnya, dan biasanya mengandungi fikiran yang cantik dan tinggi dilafazkan dengan bahasa yang indah dan berhias hingga dengan sebab itu ia dapat menggegar perasaan atau membangkitkan rasa menggelepar dan gembira di dalam hati.
Walaupun perkataan syair berasal daripada perkataan arab, Noriah Mohamed (2006) mengemukakan pandangan Syed Naquib Al-Attas yang menyatakan bahawa pelopor syair di Nusantara adalah Hamzah Fansuri. Hal ini mungkin disebabkan oleh kedalaman ilmu sastera Arab-Parsi yang dipelajri oleh Hamzah Fansuri sendiri.
BENTUK
Umum mengetahui ciri-ciri khusus sesebuah syair adalah terdiri daripada empat baris, memiliki rima a/a/a/a, keseluruhan baris merupakan kesatuan idea serta suatu rangkap syair sering diikuti rangkap-rangkap selanjutnya untuk membawa satu kesatuan yang lengkap sesuai dengan isi dan tujuan penyair. Keindahan rima pada syair merupakan salah satu ciri unik syair yang menjadikannya mudah untuk dihasilkan serta diingati sepanjang zaman. Dalam Junaini Kasdan, (2004) pula, S. Takdir, (1982) menyatakan bahawa dalam bahasa Melayu syair dapat diertikan sebagai bahasa ikatan yang terdiri daripada empat baris sajak sama. Kadang-kadang bersajak dua dan tiap baris terdiri atas empat perkataan seperti halnya pantun, sedang kata dalam tiap suku karangan lapan sampai tiga belas tetapi umumnya sepuluh suku kata. Namun begitu, Harun et. al. (2000) dalam Junaini Kasdan, (2004) menyatakan terdapat sekurang-kurangnya sembilan variasi bentuk dalam syair Melayu iaitu seperti berikut:
1. Dua baris serangkap dengan rima a/b.
2. Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b.
3. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b.
4. Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b.
5. Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b.
6. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, d/d/d/b dan seterusnya.
7. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, e/e/e/f dan seterusnya.
8. Empat baris serima (monothyme).
9. Empat baris berkait.
Antara syair yang menonjolkan variasi bentuk dalam syair Melayu adalah Syair Seratus Siti. Syair yang tidak diketahui nama pengarangnya ini ditulis sekitar tahun 1711 dan ditulis dalam 258 halaman menggunakan bahasa Melayu lama dengan ejaan Jawi lama. Contoh yang boleh diambil daripada teks ini adalah bentuk dua baris serangkap dan tiga baris serangkap.
Contoh bagi syair dua baris serangkap:
Segenap pentas diperbuatkan genta,
Sekaliannya ditatah dengan intan permata.
(Syair Seratus Siti, ms 3)
Contoh bagi syair tiga baris serangkap:
Serta disambut dimasukkan serta,
Sambil berhamburan airnya mata,
Belas dan sayang di dalam cita.
(Syair Sratus Siti, ms 49)
TEMA
Panuti (1988) dalam Junaini Kasdan (2004) menyatakan bahawa tema adalah gagasan, idea, atau pilihan utama yang mendasari suatu karya sastera. Tema itu kadang-kadang didukung oleh pelukisan latar, tokoh dan penokohan. Tema bahkan dapat menjadi faktor yang mengikat peristiwa-peristiwa dalam satu alur (plot). Syair merupakan salah satu bentuk hiburan atau medium yang sering kali digunakan oleh pengkarya Melayu untuk menyampaikan sesebuah cerita atau hikayat. Oleh itu, terdapat banyak syair yang memiliki jalan cerita yang menyerupai hikayat dalam prosa Melayu tradisional. Antaranya adalah Syair Siti Zubaidah, Syair Siti Hasanah, Syair Misa Gumitar dan Syair Almarhun Sultan Abu Bakar di Negeri Johor. Syair ini bukan sahaja panjang dan membentuk serangkaian cerita malah mengemukakan tema, persoalan, watak dan plot yang menyamai kisah dan hikayatnya. Walaupun syair mula berkembang selepas kemasukan Islam di Tanah Melayu, terdapat beberapa syair yang masih dipengaruhi oleh sastera epik dan panji. Antara contoh yang dapat dilihat adalah melalui Syair Misa Gumitar seperti dibawah:
Sang Nata Kuripan Seri Narapati,
Beroleh putera bagai di hati,
Empat sebanjar dengan seperti,
Laksana kuntum anggerik menjati.
(Syair Misa Gumitar, ms 1)
Bentuk syair yang mudah dan memiliki ciri kesusasteraan yang yang indah turut memikat ramai pengkarya Melayu moden untuk menghasilkan syair dalam pelbagai tema. Selain cerita dan hikayat, pengkarya juga mengetengahkan beberapa tema berbentuk nasihat, agama, jenaka dan sindiran. Tema-tema ini biasanya menghasilkan syair yang lebih ringkas dan pendek berbanding syair yang berbentuk cerita. Dalam teks komponen satera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah, tema yang ringkas dan mudah seperti ini sering diketengahkan sebagai bahan pengajaran. Antara contoh syair yang dipelajari adalah Syair Definisi Orang Berakal seperti di bawah:
Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
(Harga Remaja, ms 7)
KESIMPULAN
Syair sering dikarang hasil cetusan si pengarang terhadap sesuatu peristiwa atau niat. Cetusan ini disampaikan dengan alunan syair yang didendangkan sebagai hiburan dalam pelbagai majlis keramaian agar dapat diperdengar kepada umum. Kaedah teguran atau sindiran yang halus ini bukan sahaja menonjolkan keindahan syair tetapi turut menonjolkan kehalusan pekerti masyarakat Melayu zaman dahulu.
RUJUKAN
Junaini Kasdan. (2004). Syair Seratus Siti. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.
Noriah Mohamed. (2006). Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan.
Rosmani Binti Omar. (2009). Harga Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Zaleha M. Hashim dan Khadijah Hashim. (2008). Puisi Tunas Bangsa. Selangor: K Publishing.
Saturday, August 13, 2011
► Cell phone vs Quran
Sunday, July 10, 2011
Full Score of Fear
Sana sini orang berkata. Kalau ikut pada perkataan, rakyat Malaysia memang semuanya beriman. Bukankah menjaga kebersihan itu sebahagian daripada cabang iman? Kalau belajar fekah pun bab kebersihan adalah bab yang pertama. Mungkin negara kita lebih bersih daripada Singapura,Switzerland dan Kanada. Sahabat Alam Malaysia dah boleh dibubarkan. Tak perlu acara gotong royong masuk dalam aktiviti wakil rakyat kerana tiada apa yang nak digotong royongkan. Semuanya sudah bersih.
Tapi benarkan semuanya akan bersih? Tak,semakin kotor.Apa yang kotor? Nama negara. Memang, memang sebelum ni pun nama negara kita taklah bersih sangat tapi perlu ke kita mengotorkannya kembali? Tambah pula dengan perhimpunan yang diadakan seluruh dunia oleh rakyat Malaysia yang lain, ini ke yang kamu mahu tunjuk? Dari pandangan positifnya rakyat Malaysia berani bersuara, bukan lembu bodoh yang dicucuk hidungnya, bukan suami mandom yang termakan nasi kangkang isterinya. Tapi dari pandangan negatifnya, rakyat Malaysia suka huru hara, suka maki polis(padahal bende kecik pun nak repot polis;polis gak,repot la tok kadi) dan suka menyusahkan orang lain. Ingat orang lain takde keje ke semalam. Dah jalan semua tutup, penuh dengan orang camne nak bergerak? Tu belum peniaga yang takleh jalan bisnes. Semalam weekend la,kalau sales mesti lebih banding hari-hari biasa.
Aku tak menyebelah pada mana-mana pihak. Macam akau tulis kat wall fb aku semalam "tahi yang sihat berwarna kuning,tahi sakit buasir berwarna merah. Kesimpulannya, dua-dua tahi". Memang tahi dorang ni. Baju kuning ke baju merah ke semuanya tahi. Aku tahu, niat si kuning ni baik. Nak jadikan demokrasi di Malaysia ni lebih adil. Mungkin kalau mereka boleh request malaikat turun keje SPR pun dorang akan buat agaknya. Tapi yang aku tak gemarnya apa jadah libatkan ahli politik. Sepatutnya ni jadi satu pergerakan yang bebas. Bila dah masuk ahli politik ni macam dorang nak kata "kami tak puas hati, asik ko je yang menang". Ayat time budak-budak kan? Atau pun dorang ni nak gulingkan kerajaan secara kekerasan. Aku tak faham, apa yang dorang nak. Dah dapat 5 negeri time PRU 12 hari tu(walaupun Perak dirampas kembali secara taktikal) dan undi masa pilihan raya DUN Sarawak meningkat undi popular dorang. Memang ada kerusi masa PRK yang dorang kalah tapi ada yang menang jugak kan? So, win-win la.
Warna kuning. Ni lagi satu hal. Tak pasal-pasal warna kuning jadi warna yang merbahaya. Setahu aku warna kuning ni dalam dunia haiwan je yang bahaya, itu pun kalau warna tu bergandingan dengan warna hitam. Ni warna kuning dah jadi satu yang taboo. Nasib baik member aku si Acap tu tak kena tahan polis, sebab cover set motor dia semua kuning. Mungkin lepas ni rumah sukan sekolah tak boleh ada warna kuning, bimbang jadi pusat latihan pemberontak negara.Kuikuikui.Tapi orang kata kalau berfikiran kotor dikatakan otak kuning.Jadi mereka ni kotor ke bersih sebenarnya.
Aku harap takde lagilah perkara yang macam ni. Aku nak tidur malam aku tenang,bukak fb dengan hati yang tenang,pergi jalan-jalan dengan jiwa yang tenang,dengar ceramah dengan aman dan boleh senyum pada semua orang tanpa ada masalah. Aku tak nak anak-anak aku hidup dalam suasana penuh memberontak macam ni.Demonstrasi ni bukan amalan kita.Untuk menutup entri kali ni,mari kita hayati satu sajak nukilan lagenda Malaysia,Tun Dr Mahathir.
Perjuangan Belum Selesai
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Monday, June 27, 2011
Can U Dig It...Sucka?
Cuti lepas aku tergerak nak tengok gusti, tapi sebenarnye lebih pada aku temankan abah aku tengok gusti. Superstarnya ada yang aku kenal macam John Cena, Randy, Rey, The Miz. The Miz ni pun leh jadi superstar ke? Padahal aku rase dia ni macam takde masa depan dalam dunia gusti ni. Miz ni setau aku menang WWF tough enough pastu trus dia jadi anak didik pada Al Snow dan terus senyap. Ingat Al Snow? Ala yang bawak patung tu,kalau patung kena pukul dia pun sakit sekali. Pastu dia ni cara main dia style hardcore. Yang lain-lain aku tak kenal. Lagi mudah nak ingat nama murid kelas 4 Imam Syafie S.K To' Bedor daripada ingat nama-nama wrestler ni.
Sebenarnya aku tengok gusti ni dah lama dah. Sejak sebelum zaman The Rock berkuasa la. Aku tengok sejak zaman-zaman Kevin Nash, 123 Kid, Razor Ramon, Hitman dan Yokozuna. Tapi zaman tu aku tak ambil port sangat. Yang betul-betul aku gila pasal gusti ni masa zaman Triple Threat; The Rock, Austin dengan Triple H. Ni semua salah TV3. Sapa suruh dorang tayang RAW tiap malam jumaat?
Aku ingat lagi masa tu rumah aku pakai VCR player je. Belum ada VCD hatta DVD player. Maka atas inisiatif abang aku dia pun pergi la sewa tape-tape gusti yang baru. Tapi seingat aku masa zaman aku tengok tape ni TV3 beum tayang lagi gusti kat tv. Zaman ni tengok gusti cukup heaven. Big superstar masa tu The Rock, Triple H, Austin, Undertaker dengan Mick Foley. Kalau tag team pulak tengah naik Dudlev Boy, 2 Cool, Edge-Christian dan Hardy Boys. Hardy Boys ni kalau main guna tangga memang makanan dorang. Edge-Christian lak suka guna kerusi. Dudley Boy guna meja. Aku rasa zaman dorang ni la wujud TLC match.
Pada zaman ni gak aku rasa gusti ni jenis sukan (atau persembahan?) yang cukup merakyat lebih-lebih lagi masa zaman VCR dan sebelum kami mampu pakai VCR player. Kalau aku ikut abah aku ngeteh kat warung-warung gusti la jadi hiburannya. Order teh secawan duduk melangok sampai maghrib tengok orang bergasak. Esoknya tokey warung ulang lagi video yang sama sampai la keluar PPV event yang baru. Ya, cukup merakyat. Arwah nyai aku cukup suka tengok gusti. Satu famili boleh berkumpul tengok gusti depan tv. Untungnya aku duduk kat Johor. Channel Singapore dapat tengok. Belum mampu beli VCR player kami harap kat channel Singapore jela. TCS 5 kalau tak silap aku.
Tapi sekarang gusti mungkin tak sesuai lagi nak tayang kat warung-warung. Aku tengok kat kedai mamak dorang lebih rela tayang match bola 3,4 bulan lepas dari tayang gusti. Padahal tengok bola ulangan dah hilang passionnya.
Aku rasa semuanya bermula bila zaman WCW-ECW invasion. Masa ni wrestler dari dua company ni datang kacau kat WWF. Seingat aku Booker-T la yang setat kacau sikit-sikit. Bila dan dorang masuk-masuk ni jadi ramai la wreslter yang ada. Bila dah ramai tu maka dipecahkan la jadi dua bahagian; Raw dengan Smackdown. Bila dah jadi macam ni makanya senang la wrestler yang runcit-runcit ni naik. Aku rase kalau tak pecah tah-tah John Cena baru rase nak pegang title ape. Persembahan dorang jadi tak berapa sedap la sebab yang runcit-runcit pun leh jadi big superstar kat division masing-masing. Tapi hasil pemerhatian aku superstar Raw lagi best ditonton daripada Smackdown.
Tak lama lepas tu passion aku pada gusti ni pun makin kurang. Nak-nak kalau dah terlepas 1,2 event PPV. Drama dorang makin banyak jadi kalau terlepas tak syok la. Aku sambung belajar dan aku terputus terus info-info pasal gusti ni. Sekarang ni boleh kata passion aku pada gusti ni habis dah. Kalau dulu aku sanggup berjaga sampai lewat malam nak tengok gusti (dulu tv3 ada tayang event PPV sebulan sekali) tapi sekarang aku lagi rela tengok match bola Kemboja lawan Rwanda walaupun haram sorang pun aku tak kenal.
Sebenarnya aku rindu gak pada zaman-zaman Kurt Angle, Eddie, Rikishi, Benoit, Val Venis dan sewaktu dengannya tu. Pastu jumpa lak geng-geng yang layan gusti sekali, sembang tak habis la. Aku rasa jodoh aku dengan gusti ni dah tamat kot. Jadinya kalau ada orang yang tanya sape menang title kat wrestlingmania memang aku diam tak berkata apa-apa.
Monday, May 16, 2011
Tentang Cita-cita dan Cinta
Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini, dengan rendah diri aku ingin kongsikan sesuatu. Tentang CITA-CITA dan CINTA. Cita-cita dan Cinta adalah sesuatu yg sgt abstrak dan jelas berbeza. Namun hakikatnya, cita-citaku adalah cinta itu sendiri..sama ada sedar atau tidak.
Mungkin 10 tahun lalu, dalam keadaan yg sgt sedar.. aku ingin menjadi guru. Melihat indahnya senyuman guru-guru di sekolah. Dek kerana kerapnya aku melihat abah mengajar anak didiknya dengan senyuman dan kepuasan yg tak pernah terlafaz. Dan dengan senyuman yg sama anak-anak didik abah pulang dari sekolah. Senyuman itu juga kekal mamberi ketenangan kpd aku dan anak-anak abah yang lain. Senyuman yg manghantar aku dengan seribu harapan tanpa lelah mamberi madu nasihat dalam pahitnya kehidupan. Senyuman yang melahirkan rasa cinta yg indah buat anak kecil yg dahagakan kasih sayang dan belaian tetapi diberi ilmu dan pengetahuan sbg bekalan perjalanan. Itulah cita-cita yg lahir daripada cinta yg mendalam. Bukan hanya kerana abah seorang guru tetapi kerana abah seorang yg tabah. Bukan kerana abah seorang pendidik, tetapi kerana anak didik abah adalah anak-anak abah.
Saat itu aku cuma seorang anak kecil. Tetapi aku melihat bagaimana salah seorang anak abah memeluk abah dengan rasa cinta saat mereka bersua. Dan aku pasti ada rasa cinta. Atas dasar cinta itu, aku bercita-cita. Aku ingin memelihara cinta itu.
Kini aku adalah salah seorang guru pelatih..masih memegang cita-cita yg sama. Cita-cita yg penuh dengan rasa cinta. Dan dengan cinta yg sama, aku ingin anak didikku bercita-cita.
p/s: Selamat Hari Guru Abah..Selamat Hari Guru Cintaku a.k.a Ucu Baik!!♥
Sunday, May 15, 2011
BEL19VE
Saturday, May 14, 2011
Kamu Takkan Berjalan Berkeseorangan
When you walk through a storm hold your head up high
And don’t be afraid of the dark.
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark.
Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Tho’ your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on with hope in your heart
And you’ll never walk alone,
You’ll never, ever walk alone.
Walk on, walk on with hope in your heart
And you’ll never walk alone,
You’ll never, ever walk alone.
Selamat Hari Guru!!!
tetapi..seorang guru itu
lakunya diperhati..
tuturnya dituruti..
ilmunya menghias diri..
sentuhannya meruntun hati..
seorang guru juga mungkin tak pernah memahami..
guru itu mungkin memarahi..
guru itu tidak cuba mendampingi..
dan guru itu dibenci..
namun,
wajarkah??
seorang guru yang berniat murni..
seorang guru yang mengorbankan diri..
seorang guru yang mungkin telah menjadi doktor..
seorang guru yang ditawarkan menjadi engineer..
seorang guru yang sepatutnya bebas berada di mana-mana..
mengunci diri dalam sesak soalan insan yang mendambakan cahaya..
mengikat kaki pada kerusi batu..
tangan terikat pada pena besi..
tanpa meminta belas ihsan..
anak-anak yang telah merdeka..berjaya
lalu mereka dilupakan..
dan mereka tetap bahagia..
menjawab soal dan kata..
generasi pembela bangsa..
atas nama GURU..
TERIMA KASIH,CIKGU..!!
Saturday, April 23, 2011
Barang 'rare' siri I
Kasut aku design ini macam punya |
Sunday, March 27, 2011
Legend
"Pertama sekali awak kena letakkan diri awak dalam hati murid-murid. Kemudian segalanya akan mudah.'
Seorang lagi 'legend' berkata:
"Awak kena ikhlas dan sanggup berkorban."
Sunday, March 6, 2011
Battle of The Band
Tengah-tengah survey gitar depan BJ tu aku tengok macam meriah je kat dalam BJ. Apa lagi, try usha tengok apa ada. Sekali ada Battle of The Band la. Rancak ni. Monyet lak macam menyesal tak tau ada pertandingan ni. Ceh, ko tiap kali bertanding main lagu Faizal Tahir je, apa kes?
Layan gak. Pertandingan open, ramai la otai-otai yang main. Tapi terlintas kat kepala hotak aku ni. Sepanjang aku tengok dan kenal Battle of The Band, tak biasa jumpe lagi yang main lagu Nirvana. Aku tanya kat Monyet. Dia kata "mana boleh bawak lagu dia". Last aku tengok orang perform lagu Nirvana masa tahun 2003. Tu pun senior aku yang main. Tu pun band dia dah melingkup dah. Risau pulak aku. Budak-budak yang gila main band sekarang ni tau ke petik lagu-lagu lama. Pakai tshirt kemain lagi, Led Zeppelin la, Sabbath la, Pink Floyd la. Kang tanya album Dark Side of The Moon pun tak tau album sape.
Dah habis tu kitorang pun blah. Sekarang, apa jadi pada hasrat Monyet untuk membeli gitar baru? Ya, kami pulang tak dengan tangan kosong. Tapi bukan gitar, tapi minyak wangi yang dibeli kat kedai Mustika Ratu. Waste my time la Monyet ni.
Saturday, February 26, 2011
Dimulakan dengan....
Tak kisah la, janji hari kejadian tu nanti takde masalah. Kerja banyak bukan pointnya kat sini. Pembimbing aku orang India, Hindu la agama dia. Dia suruh cari lubang nak tanam tiang bendera. Baru nak korek je dia sound
"Dey, baca la. You ingat you sorang boleh jadi ka ini kerja?
Aku pun, "Bismillahhirahmannirahim"
Malu siot.
Monday, January 31, 2011
Satu Petang di Kedai Laksa Seringgit
Kitorang duduk di meja tengah, seorang budak dalam umur 14 tahun ambil order kitorang. Menu kami sama. Laksa seringgit dengan air gas segelas. Bersepadanan dengan jumlah dua ringgit yang ada dalam poket masing-masing. Sambil tunggu laksa kami baca surat khabar. Buka belakang dulu la, macam biasa. Boring baca depan, asik-asik parti XYZ kata macam ni. Dah tu parti JKL lak nafikan. Lepas tu pusing balik keadaan.
Sampai order je kami pun balun dengan perlahan-lahan, penuh syahdu. Tetiba datang la 3 orang budak perempuan. Marah-marah. Call sapa tah lepas tu maki hamun. Anak jantan la, ada teloq la, pakwe aku tibai la. Bising sial budak-budak ni. Tak lama lepas tu datang 2 budak lelaki. Pung pang pung pang (mencarut).
Dah la cuaca panas, budak-budak ni bagi lagi panas pulak. Aku dah nak blah dah. Aku tengok customer lain pun macam nak blah awal. Aku mintak satu ais kosong, bagi sejuk hati. Time akak kedai tu bagi air pada aku akak tu sempat cakap "biasa la depa ni, gaduh pasai jantan". Ceh, dah habis masalah ke nak digaduhkan?
Aku ajak Padil blah. Masa nak bangun tu Padil sempat cakap pada aku "sebab tu aku lagi suka makan kat McD".
Aku setat motor dan blah. Tu pun tak habis gaduh lagi. Apparaaaa
Saturday, January 22, 2011
Seratus Dua Puluh Tujuh Jam
Wednesday, January 5, 2011
kenape kuih pau ni lembut?
ini kuih pau,tp tak tau la lembut ke tak |