Search This Blog

Monday, January 31, 2011

Satu Petang di Kedai Laksa Seringgit

Petang tu aku lapar, tengahari tadi makan dah, tapi masih lapar. Tak baca Bismillah agaknya. Jam baru pukul 5.30 petang, mana nak ada siakap tiga rasa jual lagi. Aku pun ajak Padil, yang sememangnya pantang diajak ke kedai laksa seringgit. Mudah dan praktikal.

Kitorang duduk di meja tengah, seorang budak dalam umur 14 tahun ambil order kitorang. Menu kami sama. Laksa seringgit dengan air gas segelas. Bersepadanan dengan jumlah dua ringgit yang ada dalam poket masing-masing. Sambil tunggu laksa kami baca surat khabar. Buka belakang dulu la, macam biasa. Boring baca depan, asik-asik parti XYZ kata macam ni. Dah tu parti JKL lak nafikan. Lepas tu pusing balik keadaan.

Sampai order je kami pun balun dengan perlahan-lahan, penuh syahdu. Tetiba datang la 3 orang budak perempuan. Marah-marah. Call sapa tah lepas tu maki hamun. Anak jantan la, ada teloq la, pakwe aku tibai la. Bising sial budak-budak ni. Tak lama lepas tu datang 2 budak lelaki. Pung pang pung pang (mencarut).

Dah la cuaca panas, budak-budak ni bagi lagi panas pulak. Aku dah nak blah dah. Aku tengok customer lain pun macam nak blah awal. Aku mintak satu ais kosong, bagi sejuk hati. Time akak kedai tu bagi air pada aku akak tu sempat cakap "biasa la depa ni, gaduh pasai jantan". Ceh, dah habis masalah ke nak digaduhkan?

Aku ajak Padil blah. Masa nak bangun tu Padil sempat cakap pada aku "sebab tu aku lagi suka makan kat McD".

Aku setat motor dan blah. Tu pun tak habis gaduh lagi. Apparaaaa

Saturday, January 22, 2011

Seratus Dua Puluh Tujuh Jam

Itu hari aku terbukak satu laman web, aku pun lupa dah apa tajuknya. Aku tengok ada cerita pasal Aron Ralston. Ni siapa lak Aron Ralston ni? Calon parti pembangkang ke? Bos MLM ke? Kalau Aaron Lennon dengan Aaron Aziz tu aku kenal la. Aku pun menjadi rajin luar biasa dengan pergi cari maklumat pasal mamat ni (kalau la time asemen aku rajin macam ni). Cari punya cari, klik punya klik terbaca la pulak pasal filem 127 hours. 

Ni aku nak cerita pasal apa sebenarnya ni? Apa kaitan si Aron ni dengan filem ni? Sebenarnya filem ni adalah adaptasi kisah hidup Aron yang tersepit tangannya di celah batu selama 127 jam. 127 jam beb, bukan 127 saat. Keazaman untuk hidup yang kuat telah memastikan Aron ni berjaya meloloskan diri daripada musibah tu. Proses dia nak lepas ni la yang menarik pada aku, dia minum air kencing sendiri untuk elakkan hidrasi, cuba memotong tangan sendiri, time potong ni yang dahsyat. Pisau Swiss Army yang sepatutnya dia bawa dia tertinggal kat rumah. Jadi dia pun potong la guna pisau yang tah hape hape. Dalam rakaman yang dibuat semasa dia tersepit tu dia ada pesan, dun buy cheap China made tool. 

Dalam tersepit tu dia mula menyesali keangkuhan dirinya sendiri. Dia pergi mana-mana tak bagitau, tak check tool dia betul-betul dan men redah je. Sampaikan air gatorade pun dia tinggal dalam kereta dia. Dia baru sedar dia tak boleh hidup berseorangan. Akhirnya dia berimaginasi anak dia tengok dia dalam keadaan yang macam tu (walaupun dia tak ada anak time tu). Muncullah kekuatan dan keberanian yang terlampau. Dia patahkan tangan dia dan teruskan memotong daging tangan dia sendiri. Lu sanggup? Kemudiannya dia memanjat jurang dan turun sebelum diselamatkan oleh pendaki yang lain.

So, moral of the story bersedialah dengan apa saja keadaan, hargailah kehadiran insan lain dalam hidup dan jika tersepit anda akan masuk ke dalam survival mode, keazaman sahaja yang akan menyelamatkan anda dalam mode ini.

p/s: syok gak pagi-pagi ni layan lagu Acha Septriasa

Wednesday, January 5, 2011

kenape kuih pau ni lembut?

salam kepada sume..
macam biasa, tiap2 malam jumaat aku dgn jemaah kampung aku akan bace Yassin dan tahlil secare beramai-ramai. tahlil tu mengikut giliran la cam malam ni untuk arwah dari keluarga ni dan malam depan lak untuk keluarga lain. family yang kene giliran pada malam tu plak kene la bawak sket juadah. tak kire la kuih ke, nasi ke, mee bandung ke. ikut kemampuan dan seikhlasnye.

so lepas solat isyak kami pun pegi la mengadap juadah yang disediakan. aku port kat belah ujung, senang nak blah, takyah nak melangkah langkah orang. dok ujung ni mang join org2 tua la. tp takpe, bukan dorang tak kenal aku, anak bilal masjid beb. 

malam tu kami disajikan dengan kuih muih dan buah. buah mende tah, lupe lak aku. aku capai la kuih pau yg tertonggoh dpn aku ni. tgh syok2 kunyah tu ad la 2 org pak cik dpn aku ni nyembang. sorg tu pesara polis dan sorg lg tu laki pd cikgu sains aku.

ini kuih pau,tp tak tau la lembut ke tak

laki pd cikgu sains aku tu bertnye pd pesara polis tu "kenape kuih pau ni lembut? ape yg dia guna?"
pesare polis tu jawab "tepung dia kot" jawapan tak konfem tu. mmg la,dia pesare polis bukan pesare chef.
"salah", jawab laki cikgu sains aku tu. wah, yakin je. 
"bis tu ape?" tnye pesare polis tu, bnyi cam xpuas ati je. 
"dia gune ilmu la..." jawab laki cikgu sains tu.

semua yg ade kt dunia ni perlukan ilmu untuk merealisasikannye. tak kire la ko gune tepung cap blue key ke, air bertapis bio aura ke, periuk stim tefal ke lau takde ilmu tak jadi gak. tp lau ade ilmu gune tepung cap tah hape2 pun leh jadik, gune air paip je pun leh jadi, gune periuk stim thp leh masuk muzium pun leh jadi. cane nak dptkan ilmu? belajar la!!!

time sblm masuk tahun baru ritu astro dgn baik hatinye menayangkan movie2 khas. antara yg ditayangkan adelah cite 3 idiots. aku sebenarnye tak lyn sgt cite2 hindustan ni tjuk pun 3 si bodoh tah2 cite ni pun cite bodoh. tp dh tertengok tu lyn jela sampai abis. lgpun makwe aku kate cite tu best.

aku tak la nak ulas pasal cite tu tp aku nak highlightkan kt mesej yg dibawa. dlm cite ni ad sebut yang mencari ilmu tu perlu dgn kerelaan dan ikut minat kite. selain tu kite kene la berani. lau tak kite cume lulus dgn cemerlang tp xtaw ape yg kite blaja. aku setuju. aku tgk sistem kt Malaysia ni sgt tekankan exam. so bdk2 tertekan. nak lulus kene hafal itu ini. jd bace la setebal-tebal buku. lau exam kptsn cemerlang org akan sanjung2, lau tak tah2 jiran sblh rumah pun wat xkenal. 

wadahel? kite blaja untuk ape? untuk ilmu dan untuk memanfaatkan ilmu demi kehidupan kite. tp skrg dh jd len. blaja utk exam. lau result ok pegi smbung kt ipt yg bgus2. patu lau dpt bgus gak leh keje hebat2. pastu dlm dunia sebenar terkapai-kapai sbb xfaham konsep nak selesaikan masalah. dulu cume hafal membabi bute je. tp ade org kate, lau xde tekanan t bdk2 xnak la blaja. nak main jer. pd aku budak2 perlu diajar knptgn mencari ilmu bukan dgn diberi tekanan utk mencari ilmu. pastu bdk2 2 lak perlu belajar ikut perkare yg dia suke, bkn sumbat sume bende. nothing interesting when you are not interested.

FAHAM????