Search This Blog

Monday, February 4, 2013

Mangkuk Super

Pagi tadi kira-kira jam 7.00 pagi telah berlangsungnya acara yang menjadi kegilaan di Amerika Syarikat, Super Bowl ke 47 diantara Baltimore Ravens (American Football Conference) menentang San Francisco 49ers (National Football Conference). Acara Super Bowl ni adalah acara kemuncak bagi sukan bola sepak di Amerika Syarikat dan merebut trofi Vince Lombardi. 

Di Amerika Syarikat bola sepak bukanlah permainan yang dimainkan oleh 11 orang sepasukan, memakai but, berseluar pendek dan menyepak bola berbentuk sfera tapi bola sepak adalah sukan yang memerlukan pemainnya memakai helmet dan pad di badan serta memainkan bola berbentuk seperti bola ragbi yang dibaling ke hadapan. Bola sepak yang seperti kita dan kebanyakan negara lain maksudkan itu disebut soccer. Memang tak biasa, David Beckham sendiri masa menyertai LA Galaxy tersilap cakap soccer dan football. Jika ragbi dikatakan "hooligans game play by gentleman" dan bola sepak pula dikatakan "gentleman game play by hooligans", aku boleh katakan bola sepak Amerika ini adalah "hooligans game play by hooligans". Sebab itu mereka berhelmet dan berpad di badan.

Perlawanan tadi dimenangi oleh Baltimore Ravens dengan 34 berbalas 31. Keputusan yang tipis walaupun Baltimore Ravens pernah mendahului dengan dua touchdown pada separuh pertama permainan. San Francisco 49ers bangkit pada separuh masa kedua dan pernah pada satu ketika kedudukan menjadi 31 berbalas 29 dan memberi harapan kepada penyokong San Francisco 49ers sebelum perlawanan ditamatkan dengan 34 berbalas 31.

Ada empat rekod yang dicatatkan semasa perlawanan Super Bowl kali ini. Pertama, buat pertama kalinya dua bersaudara menjadi head coach untuk perlawanan Super Bowl dengan John Harbaugh untuk Baltimore Ravens dan Jim Harbaugh untuk San Francisco 49ers. Kedua, Jacoby Jones (Baltimore Ravens) telah mencatat rekod perlawanan Super Bowl dengan larian sejauh 109 ela (108 ela ikut laman web NFL). Ketiga, San Francisco 49ers telah menjadi pasukan pertama mendapatkan lebih 10 mata tanpa balas untuk mengejar pasukan di hadapan. Keempat, Colin Kaepernick (San Francisco 49ers) telah melakukan larian sejauh 17 ela, paling jauh untuk seorang quaterback.

Sukan ini mungkin tidak popular di Malaysia. Dalam 28 juta rakyat Malaysia mungkin hanya 280 orang, atau mungkin 28 orang sahaja yang ambil tahu. Dengan waktu permainan bertembung dengan waktu bekerja kebanyakan rakyat Malaysia, sukan ini susah untuk diikuti. Di sekolah-sekolah pun susah nak jumpa sebiji bola sukan ini. Di tempat aku belajar cuma ada sebiji bola sukan ini, itu pun dalam kondisi tidak baik. Jika ditanya pada guru-guru sekolah mungkin tak ramai, atau tiada yang arif tentang sukan bola sepak Amerika ini. 

Sukan di Amerika Syarikat yang popular adalah sukan-sukan yang dimainkan hanya oleh mereka sahaja atau sukan yang merekalah house powernya. Macam lepas perlawanan tadi ada pemain Baltimore Ravens yang pegang tulisan "World Champion". Memanglah engkau world champion kalau dah engkau saja yang main. Aku juga pernah mendengar mitos yang rakyat Amerika Syarikat gemar pada permainan yang ada banyak pointnya macam tenis, baseball, basketball.

Sebenarnya aku juga bercita-cita nak tengok rakyat Malaysia ni main permainan ni. Tengok macam seronok je. Tapi dengan suasana sekarang ni macam payah je.





Saturday, February 2, 2013

Kami Tiada Apa-apa

Kami mengaku kami tiada apa-apa. Sebab itu kami tidak ada apa yang nak disharekan di facebook.

Negeri kami miskin, harta tiada tanah sekangkang kera tak macam negeri kamu yang rakyatnya harta berkoyan, tanah luas sampai boleh bagi free pada somebody.

Negeri kami tiada Tok Guru untuk dijadikan Menteri Besar macam negeri kamu yang mukanya bersepah di alam maya ini.

Raja kami pun biasa-biasa saja tak macam Raja kamu yang baik serba-serbi yang ceritanya berulang-ulang hingga seantero Malaysia tahu betapa baik, rendah diri dan mulianya Raja negeri kamu itu. 


Pasukan bola sepak kami pun tak handal, tiada dua bintang terang di jersi, tiada iklan penaja seluruh jersi tak macam negeri kamu yang rasanya lagi 10 tahun tak cukup tempat nak letak bintang dan iklan penaja pada jersi.

Stadium kami pun tak meriah, hanya mampu untuk buat bingit tak macam stadium negeri kamu yang meriah, penuh dan boleh buat pesta unggun api dan praktis melontar jamrah kalau kalah.

Kami tiada apa, kalu disharekan pun, tak mampu lawan kehebatan negeri kamu.



*sarcasm