Search This Blog

Sunday, July 10, 2011

Full Score of Fear

Ni bukan tajuk filem Conan tapi ni perasaan aku semalam. 9 Julai. Kenapa takut? Aku perlu takut. Keadaan semalam memang havoc. Cukup kacau bilau. Aku ada kat Penang tapi ketakutan kat KL aku terasa. Mungkin orang KL tak takut dengan semua tu. Tapi aku takut. Benda macam ni tak pernah aku bayangkan. Cukuplah aku membayangkan ketika aku membaca buku 13 Mei tulisan Tunku Abdul Rahman dan satu lagi buku 13 Mei tulisan Dr Kua Kia Soong. Cuma bezanya dulu bertempur antara kaum tetapi kali ini bertempur antara ideologi(tapi aku tengok ramai Melayu-itu dah pasti).

Sana sini orang berkata. Kalau ikut pada perkataan, rakyat Malaysia memang semuanya beriman. Bukankah menjaga kebersihan itu sebahagian daripada cabang iman? Kalau belajar fekah pun bab kebersihan adalah bab yang pertama. Mungkin negara kita lebih bersih daripada Singapura,Switzerland dan Kanada. Sahabat Alam Malaysia dah boleh dibubarkan. Tak perlu acara gotong royong masuk dalam aktiviti wakil rakyat kerana tiada apa yang nak digotong royongkan. Semuanya sudah bersih.

Tapi benarkan semuanya akan bersih? Tak,semakin kotor.Apa yang kotor? Nama negara. Memang, memang sebelum ni pun nama negara kita taklah bersih sangat tapi perlu ke kita mengotorkannya kembali? Tambah pula dengan perhimpunan yang diadakan seluruh dunia oleh rakyat Malaysia yang lain, ini ke yang kamu mahu tunjuk? Dari pandangan positifnya rakyat Malaysia berani bersuara, bukan lembu bodoh yang dicucuk hidungnya, bukan suami mandom yang termakan nasi kangkang isterinya. Tapi dari pandangan negatifnya, rakyat Malaysia suka huru hara, suka maki polis(padahal bende kecik pun nak repot polis;polis gak,repot la tok kadi) dan suka menyusahkan orang lain. Ingat orang lain takde keje ke semalam. Dah jalan semua tutup, penuh dengan orang camne nak bergerak? Tu belum peniaga yang takleh jalan bisnes. Semalam weekend la,kalau sales mesti lebih banding hari-hari biasa.

Aku tak menyebelah pada mana-mana pihak. Macam akau tulis kat wall fb aku semalam "tahi yang sihat berwarna kuning,tahi sakit buasir berwarna merah. Kesimpulannya, dua-dua tahi". Memang tahi dorang ni. Baju kuning ke baju merah ke semuanya tahi. Aku tahu, niat si kuning ni baik. Nak jadikan demokrasi di Malaysia ni lebih adil. Mungkin kalau mereka boleh request malaikat turun keje SPR pun dorang akan buat agaknya. Tapi yang aku tak gemarnya apa jadah libatkan ahli politik. Sepatutnya ni jadi satu pergerakan yang bebas. Bila dah masuk ahli politik ni macam dorang nak kata "kami tak puas hati, asik ko je yang menang". Ayat time budak-budak kan? Atau pun dorang ni nak gulingkan kerajaan secara kekerasan. Aku tak faham, apa yang dorang nak. Dah dapat 5 negeri time PRU 12 hari tu(walaupun Perak dirampas kembali secara taktikal) dan undi masa pilihan raya DUN Sarawak meningkat undi popular dorang. Memang ada kerusi masa PRK yang dorang kalah tapi ada yang menang jugak kan? So, win-win la.

Warna kuning. Ni lagi satu hal. Tak pasal-pasal warna kuning jadi warna yang merbahaya. Setahu aku warna kuning ni dalam dunia haiwan je yang bahaya, itu pun kalau warna tu bergandingan dengan warna hitam. Ni warna kuning dah jadi satu yang taboo. Nasib baik member aku si Acap tu tak kena tahan polis, sebab cover set motor dia semua kuning. Mungkin lepas ni rumah sukan sekolah tak boleh ada warna kuning, bimbang jadi pusat latihan pemberontak negara.Kuikuikui.Tapi orang kata kalau berfikiran kotor dikatakan otak kuning.Jadi mereka ni kotor ke bersih sebenarnya.

Aku harap takde lagilah perkara yang macam ni. Aku nak tidur malam aku tenang,bukak fb dengan hati yang tenang,pergi jalan-jalan dengan jiwa yang tenang,dengar ceramah dengan aman dan boleh senyum pada semua orang tanpa ada masalah. Aku tak nak anak-anak aku hidup dalam suasana penuh memberontak macam ni.Demonstrasi ni bukan amalan kita.Untuk menutup entri kali ni,mari kita hayati satu sajak nukilan lagenda Malaysia,Tun Dr Mahathir.

Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
 

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
 

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
 

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
 

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
 

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
 

Perjuangan kita belum selesai
 Kerana hanya yang cekal dan tabah Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya.





p/s:Aku sebak setiap kali dengar sajak ni dideklamasikan