Search This Blog

Wednesday, January 23, 2013

Bebelan Tentang Drama

Beberapa bulan sudah aku menonton drama Tali. Drama sempena Aidiladha. Drama ni lakonan Sabri Yunus, Mira Amnas, Amir "i'm sorry" (lebih sesuai guna Amir i'm sorry daripada Amir Raja Lawak sebab engkau tak lawak pun-frankly speaking), Syed Aiman, Asrulfaizal dan pelakon-pelakon lain yang aku tak kenal. 

Drama ni guna dialek Kelantan. Jujurnya aku lebih senang tonton drama dialek Kelantan daripada bergaul dengan orang Kelantan sendiri - no offense. Juga aku lebih senang menonton drama dialek Kelantan daripada drama dialek negeri lain. Sebab aku rasa lebih jujur drama yang gunakan dialek Kelantan.     Dulu sitkom kegemaran aku adalah Salam Pantai Timur. Betapa intonya  aku dengan dialek Kelantan. Jawa? Aku rasa dialek Jawa lebih banyak digunakan sebagai joke dalam drama. Pernah tengok drama Parit Jawa? Walaupun drama tu serius tapi tak berapa sedap dengar dia cakap. Macam dipaksa pun ada. Selain Ruminah Sidek dengan Jalil Hamid, siapa lagi yang boleh tuturkan sesempurna mereka? Dialek utara? Lebih kurang nasibnya macam dialek Jawa, cuma ramai yang boleh bercakap dialek utara. 

Sebenarnya ini telah tersasar daripada point asal aku. Point asal aku adalah aku ingin katakan tak banyak drama macam drama Tali ini keudara di kaca televisyen kita. Yang aku merepek pasal dialek ni kejadah apa? Bila menaip tanpa pedoman beginilah jadinya. Baik saluran berbayar, swasta atau saluran kerajaan, kita kekurangan drama sebegitu. Bukan tiada, tapi kurang. Kurang, maknanya ada tapi tak banyak. Tak percaya? Buka tv. Tak kisah saluran berbayar, saluran swasta atau kerajaan. Kebanyakannya stereotaip. 

Kita perlukan cerita yang jujur. Bukan cerita yang disogokkan dengan imej visual kemewahan penuh hipokrasi atau cerita sedih meleweh yang watak jahatnya begitu puaka dan watak sedihnya begitu celaka penuh kesialan lagi malang bertimpa hidupnya seperti tiada layaknya dia hidup atau cerita kelakar yang memaksa penonton ketawa penuh keterpaksaan dengan memperbodohkan diri sendiri - yang menonton pun juga akan merasa bodoh juga. Setidak-tidaknya mereka akan berkata "bodoh gila cerita ni". 

Kita memerlukan cerita yang dekat kepada masyarakat. Yang lebih merakyat. Lebih menghampiri realiti - sekurang-kurangnya sekiranya nilai komersil itu tiada pada realiti. Cerita yang jujur akan lebih membuatkan masyarakat berpijak pada bumi nyata dan sedar keberadaan mereka dan mengetahui barah dalam masyarakat. Drama yang ada seharusnya begitu, pada aku dan bukannya terus menghanyut masyarakat dan seterusnya menjadi escapism kepada masyarakat sedangkan mereka tahu mereka sedang menipu minda sendiri.

Masalah.

Semua orang ada masalah. Eh, bukan semua orang la, semua benda bernyawa ada masalah. Lembu ada masalah, kucing ada masalah. Ahh, itu ayat cliche. Ayat dah basi. Agak celaka juga bila ayat-ayat itu kerap menerjah wall facebook. Mula-mula memang la lawak tapi lama-lama jadi bangang dan celaka.

Ahh, apa benda ni? Ya, masalah. Semua manusia ada masalah masing-masing. Berbeza ikut pangkat, taraf hidup, umur, pemikiran hatta jantina sekalipun. Yang kaya ada masalah macam mana nak sembunyi duit rasuah berjuta-juta. Yang miskin ada masalah nak langsaikan hutang. Yang tua ada masalah nak kekang suara orang muda. Yang muda ada masalah nak melingkupkan orang tua. Yang gemuk ada masalah nak guna Herbalife tapi nak melantak macam esok dah tiada makanan. 


Aku juga ada masalah dan masalah aku juga mungkin bukan masalah pada orang lain. Pada orang lain mungkin memandu kereta bukan satu masalah. Mungkin duit bukan satu masalah. Mungkin pekerjaan bukan satu masalah. Tapi semua itu adalah masalah bagi aku.

Bila ada masalah yang nyatanya kita perlu selesaikan masalah. Cuba dan terus cuba. Mungkin ambil masa tapi teruskan cuba, bukan lari.

Dan update blog ini juga adalah satu masalah bagi aku...dan aku tengah selesaikan.