Search This Blog

Monday, June 27, 2011

Can U Dig It...Sucka?

Ingat lagi tak tagline ni? Ya..tagline tu milik Booker-T. Siapa Booker-T? Kaki gusti mesti kenal punya. Aku dah lama tak tengok gusti. Lama sangat,sejak habis SPM. Masa last aku tengok zaman-zaman John Cena berkuasa. Tapi sekarang pun aku rasa mamat hip hop tu berkuasa lagi.

Cuti lepas aku tergerak nak tengok gusti, tapi sebenarnye lebih pada aku temankan abah aku tengok gusti. Superstarnya ada yang aku kenal macam John Cena, Randy, Rey, The Miz. The Miz ni pun leh jadi superstar ke? Padahal aku rase dia ni macam takde masa depan dalam dunia gusti ni. Miz ni setau aku menang WWF tough enough pastu trus dia jadi anak didik pada Al Snow dan terus senyap. Ingat Al Snow? Ala yang bawak patung tu,kalau patung kena pukul dia pun sakit sekali. Pastu dia ni cara main dia style hardcore. Yang lain-lain aku tak kenal. Lagi mudah nak ingat nama murid kelas 4 Imam Syafie S.K To' Bedor daripada ingat nama-nama wrestler ni.

Sebenarnya aku tengok gusti ni dah lama dah. Sejak sebelum zaman The Rock berkuasa la. Aku tengok sejak zaman-zaman Kevin Nash, 123 Kid, Razor Ramon, Hitman dan Yokozuna. Tapi zaman tu aku tak ambil port sangat. Yang betul-betul aku gila pasal gusti ni masa zaman Triple Threat; The Rock, Austin dengan Triple H. Ni semua salah TV3. Sapa suruh dorang tayang RAW tiap malam jumaat?

Aku ingat lagi masa tu rumah aku pakai VCR player je. Belum ada VCD hatta DVD player. Maka atas inisiatif abang aku dia pun pergi la sewa tape-tape gusti yang baru. Tapi seingat aku masa zaman aku tengok tape ni TV3 beum tayang lagi gusti kat tv. Zaman ni tengok gusti cukup heaven. Big superstar masa tu The Rock, Triple H, Austin, Undertaker dengan Mick Foley. Kalau tag team pulak tengah naik Dudlev Boy, 2 Cool, Edge-Christian dan Hardy Boys. Hardy Boys ni kalau main guna tangga memang makanan dorang. Edge-Christian lak suka guna kerusi. Dudley Boy guna meja. Aku rasa zaman dorang ni la wujud TLC match.

Pada zaman ni gak aku rasa gusti ni jenis sukan (atau persembahan?) yang cukup merakyat lebih-lebih lagi masa zaman VCR dan sebelum kami mampu pakai VCR player. Kalau aku ikut abah aku ngeteh kat warung-warung gusti la jadi hiburannya. Order teh secawan duduk melangok sampai maghrib tengok orang bergasak. Esoknya tokey warung ulang lagi video yang sama sampai la keluar PPV event yang baru. Ya, cukup merakyat. Arwah nyai aku cukup suka tengok gusti. Satu famili boleh berkumpul tengok gusti depan tv. Untungnya aku duduk kat Johor. Channel Singapore dapat tengok. Belum mampu beli VCR player kami harap kat channel Singapore jela. TCS 5 kalau tak silap aku.

Tapi sekarang gusti mungkin tak sesuai lagi nak tayang kat warung-warung. Aku tengok kat kedai mamak dorang lebih rela tayang match bola 3,4 bulan lepas dari tayang gusti. Padahal tengok bola ulangan dah hilang passionnya.

Aku rasa semuanya bermula bila zaman WCW-ECW invasion. Masa ni wrestler dari dua company ni datang kacau kat WWF. Seingat aku Booker-T la yang setat kacau sikit-sikit. Bila dan dorang masuk-masuk ni jadi ramai la wreslter yang ada. Bila dah ramai tu maka dipecahkan la jadi dua bahagian; Raw dengan Smackdown. Bila dah jadi macam ni makanya senang la wrestler yang runcit-runcit ni naik. Aku rase kalau tak pecah tah-tah John Cena baru rase nak pegang title ape. Persembahan dorang jadi tak berapa sedap la sebab yang runcit-runcit pun leh jadi big superstar kat division masing-masing. Tapi hasil pemerhatian aku superstar Raw lagi best ditonton daripada Smackdown.

Tak lama lepas tu passion aku pada gusti ni pun makin kurang. Nak-nak kalau dah terlepas 1,2 event PPV. Drama dorang makin banyak jadi kalau terlepas tak syok la. Aku sambung belajar dan aku terputus terus info-info pasal gusti ni. Sekarang ni boleh kata passion aku pada gusti ni habis dah. Kalau dulu aku sanggup berjaga sampai lewat malam nak tengok gusti (dulu tv3 ada tayang event PPV sebulan sekali) tapi sekarang aku lagi rela tengok match bola Kemboja lawan Rwanda walaupun haram sorang pun aku tak kenal.

Sebenarnya aku rindu gak pada zaman-zaman Kurt Angle, Eddie, Rikishi, Benoit, Val Venis dan sewaktu dengannya tu. Pastu jumpa lak geng-geng yang layan gusti sekali, sembang tak habis la. Aku rasa jodoh aku dengan gusti ni dah tamat kot. Jadinya kalau ada orang yang tanya sape menang title kat wrestlingmania memang aku diam tak berkata apa-apa.

No comments:

Post a Comment