Search This Blog

Friday, October 19, 2012

http://www.jobdirumah.com/ctfaezah89

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Rasanya dah sangat lame blog ni tak diupdate walaupun ada dua orang tukang karang. Dan tiba-tiba tajuk entri ni adalah link. Kenape agaknye??

Selaku 'penganggur terhormat yang tidak menanam anggur' @ 'job seeker yang belum menjadi job hunter', saya telah berkenalan dengan admin link ini (macam serius je kan?) untuk menjadikan waktu online saya lebih bermanfaat dan bermakna sekaligus mendatangkan pendapatan bagi membantu diri saya dan keluarga. Maka dengan itu, selepas beberapa hari saya mendaftar, saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan anda semua tentang JDR atau http://www.jobdirumah.com/ctfaezah89.

Eh, kenapa ada nama saya?!

Mengapa saya menyertai JDR dan mempromosikannya?

Seperti yang telah saya nyatakan, masih ada beberapa sebab mengapa saya menyertai dan bersama ahli lain mempromosikannya. Pertama, saya merasakan bahawa JDR bukanlah laman rahsia yang perlu disembunyikan daripada pengetahuan umum atau laman penipuan yang merugikan ahlinya. Sebagai maklumat tambahan, JDR merupakan sebuah laman yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia terutama yang berminat untuk menjadi freelancer atau sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan dari rumah. Mudahkan? Tetapi, JDR tidak menyediakan pekerjaan atau pendapatan. JDR hanya menyediakan dua perkhidmatan iaitu panduan lengkap beserta tutorial dan mengupdate jawatan-jawatan kosong yang memerlukan khidmat pekerja dari rumah dari seluruh dunia.

Saya berbesar hati untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang saya menjadi ahli JDR. Oleh kerana JDR bertindak membantu memberi panduan dan peluang, ahli JDR yang benar-benar berusaha sahaja yang mampu bertahan dan menambah pendapatan seperti mana yang telah dinyatakan. Sebagai job seeker, memohon pekerjaan bukanlah suatu yang mudah kerana kita perlu membuat pelbagai persediaan dari segi mental dan fizikal. Persediaan itulah yang diberikan oleh JDR dengan bayaran RM50. Dengan penerangan yang jelas dan pengulangan yang kerap, panduan yang diberikan oleh JDR sangat membantu malah memudahkan saya mencari jawatan-jawatan yang saya perlukan. Bermula dengan pekerjaan yang sangat mudah seperti like facebook @ page, saya dibayar dengan jumlah yang paling minimum iaitu $0.10. Dengan syarat, saya mematuhi arahan dan mengikut syarat yang ditetapkan oleh majikan. Seterusnya, bagi pekerjaan yang lebih mencabar, majikan menilai setiap individu yang memohon sama seperti proses temuduga di mana-mana syarikat, institusi dan agensi pekerjaan dengan pendapatan yang mencecah ribuan DOLLAR AMERIKA @ USD XXXX. Maka, setiap pemohon perlu menyediakan resume, portfolio, proposal dan pelbagai kemahiran berdasarkan jawatan yang dipohon dan bertepatan dengan kehendak majikan. Susah bukan? Jadi, janganlah anda berharap bahawa pendapatan yang lumayan boleh datang kepada anda tanpa berusaha.

Jika anda masih ragu atau tidak mempercayai saya, silalah klik pada link ini dan buktikan pada diri anda.
http://www.jobdirumah.com/ctfaezah89


Sunday, February 5, 2012

SALAM SEJAHTERA WAHAI KEKASIH HATI


Dia bukan seorang teman mahupun sahabat sejati
Tetapi dialah kekasih hati
Dia bukanlah pemandu handal
Tetapi dia petunjuk kebenaran
Dia tidak pernah hadir di sisi
Tetapi dia sentiasa diingati
Dia tidak pernah ditemui
Tetapi dia sentiasa dirindui
Saban waktu hati terusik
Mendengar namanya tercipta suatu keindahan
Mendengar kisahnya ternukil suatu keinsafan
Mendengar pesanannya terimbau kekhilafan
Segalanya tentang dirinya
Mengusik hati
Menggegarkan sanubari
Melirih kasih
Meniup rindu
Sungguh kami tidak pernah bersamamu Wahai Kekasih Allah
Tetapi kami amat merinduimu
Dan berkat cinta dan kasihmu kepada kami
Kami merasai anugerah cintamu yang tidak terbalas dengan sekadar ingatan
Selawat kami ke atasmu Wahai Kekasih Allah
Semoga suatu saat nanti kita bersua
Dan kami ingin menjadi pencintamu hingga saat itu

Ini antara lagu yang didedikasikan khas buat dirimu Wahai Kekasih Allah


suara yang merdu memuji-muji dirimu
sebagai tanda cinta dan rindu yang tidak berbelah bagi
walaupun cinta dan rindu kami tidak setanding cinta dan rindumu Ya Rasullah
kamilah umatmu 
yang sering lalai dan leka
yang tanpa segan dan silu 
melakukan maksiat dan dosa
Ya Allah
Ampunilah kami
Temukan kami dengan Kekasihmu
kami mencintainya
kami merinduinya


Salam Maulidur Rasul
Semoga Rasulullah sentiasa berada dalam hati-hati kita
dan Sunnahnya menjadi perhiasan diri kita
tanpa meninggalkan mukjizatnya yang mulia

Saturday, January 7, 2012

Cool Itu Sejuk

Tafsiran 'Cool' Dalam Zaman yang Berbeza.

Zaman Sekolah Rendah.
-Selalu masuk bilik guru itu cool.

-Jadi budak baik itu cool.

-Jadi teacher pet itu cool.

-Duduk kelas pertama itu cool.

-Jadi pengawas itu cool.

-Jadi pengawas perpustakaan itu cool.

-Jadi wakil sekolah dalam acara bukan sukan itu cool.

-Mengekalkan rekod disiplin yang bersih itu cool.

-Duduk berjam-jam dalam perpustakaan itu cool.

-Dapat top ten dalam kelas itu cool.

-Dapat bawak beskal yang kondisinya seperti di kedai itu cool.



Zaman Sekolah Menengah
-Selalu masuk bilik kaunseling itu cool.

-Jadi budak dalam perhatian guru disiplin itu cool.

-Jadi murid yang ditakuti oleh guru itu cool.

-Jadi kelas hujung itu cool.

-Dapat maintain pakai baju putih dari form one sampai form five itu cool.

-Jadi wakil sekolah dalam pelbagai acara sukan itu cool.

-Mempunyai rekod disiplin yang tercalar itu cool.

-Melepak belakang perpustakaan berjam-jam itu cool.

-Dapat top ten dari belakang dalam kelas itu cool.

-Boleh bawak motor dengan skil yang bersahaja itu cool.


Zaman IPT
-Selalu masuk bilik jabatan jumpa lecturer itu cool.

-Jadi reformis dan anti establish itu cool.

-Jadi pembantu pada lecturer itu cool.

-Duduk kelas yang susah-susah sampai terkehel lidah nak sebut itu cool.

-Pegang jawatan macam-macam itu cool.

-Jadi wakil IPT dalam apa jua acara itu cool.

-Mempunyai rekod disiplin yang bersih atau hanya tercalar sebabkan perjuangan reformis itu cool.

-Dapat duduk dating berjam-jam dengan junior-junior yang cun dalam perpustakaan itu cool.

-Maintain pointer 3.5 itu cool.

-Dapat pakai kereta ke sana ke mari itu cool.

Sebagai mengakhiri entri ini terimalah lagu yang cool ini: